SUMBER MEDIA ISLAM(AMI 2143)
ANALISIS LAMAN WEB HADITH BAHASA INDONESIA
oleh:Mohamad tarmimie bin mazlan
HADITH
DEFINISI HADITH
Dari
segi bahasa ialah baharu perkabaran dan masih baru[1] .
Dari
segi istillah pula apa sahaja yang disandarkan kepada
Rasullullah samaada perkataan perbuatan dan pengakuan(taqrir) .Perkataan yang
sinonim dengan hadith ialah athar dan khabar[2] .
Menurut
Imam Muhammad Ajaj Al- Khatib hadith merupakan segala sesuatu yang
disandarkan kepada Rasullullah daripada perkataan , taqrir , sifat , samaada fizik atau akhlak
,sirah samaada sebelum ataupun selepas menjadi rasul [3].
KEDUDUKAN HADITH DALAM ISLAM
- Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
- Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
- Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
- Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
- Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
ANALISIS 5 LAMAN WEB HADITH YANG
TERBAIK
Laman web ini merupakan laman web hadith yang baik mengikut pendapat saya
. Ini adalah disebabkanjika dilihat dari pemilihan warna yang yang agak
baik,menarik dan tidak membosankan . Dari segi pengisian hadithnya , dapat
dilihat ia lebih kepada penghuraian sesebuah tajuk dan disertakan hadith yang
berkaitan sebagai dalil .
Disamping itu , terdapat
juga link ke laman – laman web yang lain serta iklan yang dapat memberikan
kebaikan kepada diri kita .
Bagi laman web hadith ini pula , ia mengunakan warna asas sebagai tema warna
latarbelakang web . Walaupun agak Nampak biasa , namun pengisian hadith yang menguatkannya
. Dari segi pengisiaan hadith nya , ia lebih fokus kepada Hadith Bukhari dan
Hadith Muslim . Apa yang menarik
perhatian saya ia lebih kepada kompilasi hadith dan tidak berbentuk artikel
yang mengetengahkanhadith yang berkaitan sahaja .
Laman web ini boleh dikategorikan sebgai laman web
e-HADITH kerana ia lebih berbentuk seperti buku . Dalam web ini terdapat banyak
kitab hadith seperti Shahih Bukhari , Shahih Muslim , Sunan Abu Daud , Sunan
Tirmidzi , Sunan Nasai , Sunan Ibnu Majah , Msnad Ahmad , Muwattha Malik dan
sunan Darimi . Lebih 30 hadith terdapat dalam laman web hadith ini yang boleh
dijadikan sebagai rujukan .
Dari segi pemilihan warna latarbelakang , pemilihan warna yang terkini dan menarik
perhatian . Laman ini adalah laman web yang sangat terbaik untuk saya .
Bagi
laman web hadith ini pula , ia boleh diklasifikasikan sebagai laman web yang
mudah . Ianya memilih warna dari tona warna biru . Warna biru diklasifikasikan sebagai warna
yang menenangkan . Laman web ini mempunyai banyak hadith-hadith serta mempunyai
capaian-capaian ke laman web lain yang agak mudah .
ANALISIS 5 LAMAN WEB KURANG TERBAIK
- WWW.RASOULALLAH.NET
- WWW.SYIAHALI.WORDPRESS
- WWW.NOTASIKELINCI.COM
- WWW.AL-HABIB.INFO
- WWW.ALMALANJI.WORDPRESS
Kelima-lima laman web hadith
ini memang tidak boleh dinafikan tentang tarikan dimana pemilihan warna yang
sangat baik dan menarik . Namun begitu ianya kurang dari segi hadith itu
sendiri . Hadith dijadikan sebagai posting yang kadang-kadang dalam tempoh
berkala . Jadi tidak bayak hadith yang boleh didapati dan boleh dijadikan
rujukan . Kemungkinan boleh dijadikan
rujukan namun , agak terhad .
POWERPOINT LAMAN WEB HADITH BAHASA INDONESIA
No comments:
Post a Comment